Pages

Sunday, November 7, 2010

Pengenalan: Kepincangan Sistem Pembelajaran Semasa

Ilmu adalah kunci kejayaan didalam kehidupan seseorang insan. Oleh sebab itulah, ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke bangku persekolahan seawal usia yang mungkin. Walaupun ianya adalah suatu usaha yang positif namun, bentuk sistem pembelajaran juga perlu diambil kira.

Tradisi pembelajaran dan pendidikan yang islamik sudah berkembang dalam tamadun Islam sejak sekian lama, namun ianya tidak diguna pakai pada zaman moden ini kerana kuatnya pengaruh aliran sekularisme dalam pendidikan yang dipopularkan oleh tamadun barat.

Hal ini menyebabkan munculnya generasi yang berilmu namun dalam masa yang sama, kosong daripada nilai keagamaan. Dari sinilah munculnya pelbagai keruntuhan moral dalam kalangan remaja, walaupun kebanyakan daripada mereka cemerlang dalam mata pelajaran. Dalam menghadapi masalah ini, suatu tradisi pembelajaran yang islamik perlu diterapkan semula untuk mengatasi sudut kepincangan sistem pembelajaran yang sedia ada.

 Oleh sebab itu, pusat tuisyen dan pendidikan agama ini dicadangkan untuk ditubuhkan. Ianya dalam rangka untuk menyediakan suatu ruang bagi para pelajar untuk menghayati dan menguasai ilmu melalui sistem dan tradisi pembelajaran dan pendidikan Islam yang asal. Ianya juga adalah suatu usaha dalam menerapkan nilai keagamaan dalam para pelajar di samping meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Pusat tuisyen dan pendidikan Islam ini adalah suatu alternatif bagi ibu bapa yang inginkan supaya anak-anak mereka melalui suatu proses pembelajaran yang bersepadu dan berteraskan nilai keagamaan.

No comments:

Post a Comment