Pages

Sunday, November 7, 2010

NIlai-nilai Sistem Pendidikan Islam



Antara nilai-nilai sistem pendidikan Islam:

1) Integrasi Ilmu: Kesatuan setiap bidang ilmu berteraskan penghayatan bahawa semua ilmu adalah daripada Allah s.w.t. sebagai sumber ilmu tertinggi.

2) Ilmu Bertauhid: Ilmu yang diajarkan membawa kepada ma’rifatullah (mengenal Allah s.w.t.) kerana semua perkara sebenarnya adalah tanda-tanda kepada kewujudan, kebesaran, kekuasaan, kebijaksanaan, keesaan dan ketuhanan Allah s.w.t..

3) Tamadun Ilmu Pimpinan Wahyu: Menyedarkan betapa tamadun Islamlah yang mengembangkan ilmu pengetahuan sebelum tamadun Barat di mana tokoh-tokoh ilmuwan Islam mendapat inspirasi daripada pedoman Al-Qur’an yang menggalakkan budaya ilmu.

4) Ilmu Berteraskan Pembangunan Kerohanian: Nilai pendidkan Islam berteraskan gabungan antara ilmu, amal dan hal (keadaan hati dalam berhubungan dengan Allah s.w.t.) yang mana ianya hanya dapat diambil melalui tradisi suhbah (bersahabat dengan murobbi atau guru) yang berintipatikan aspek qudwah hasanah (contoh tauladan yang baik).

5) Ubudiyyah-Sentrik: Memusatkan tujuan penguasaan ilmu kepada tanggungjawab kehambaan kepada Allah s.w.t..

No comments:

Post a Comment